Laman Utama Kenali saya Semua Aktiviti Bahan P&P Log Masuk Bil. Pengunjung: |
Festival Pendidikan STEM dan TVETPada hari ini 24/7/2024 SMJK Ken Hwa telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Festival Pendidikan STEM dan TVET peringkat negeri yang dianjurkan oleh PPd Keningau. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Asran bin Haji Amisah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains dan Matematik Jabatan Pendidikan negeri Sabah. SMJK Ken Hwa telah menampilkan 2 projek inovasi pelajar yang bertajuk Pengesan Awal Banjir yang dibangunkan oleh Dzyandra Nicoletta, Vionney Sun Jing Ni, Gwenn Ascheal Kenidy dan Aaron Pang Ji Foo. Projek yang kedua bertajuk Lunara bin pula dibangunkan oleh Siti Nur Syazwani Khong, Nur Yaznieza Effiera Binti Ya’akub, Norman Danish, Shaqieb Oweian bin Jikson dan Jackwenn Shang Jet Lun. Guru pengiring untuk pameran ini pula ialah saya, Cikgu Januarius Joseph dan Cikgu Kenidy Maloi. Syukur untuk pertandingan PBL, kedua-dua projek inovasi telah berjaya dianugerahkan pingat PERAK. Diharapkan dengan kejayaan ini, dapat memberi galakan kepada pelajar untuk lebih memahami kepentingan STEM dan TVET. Ini kerana kedua-dua bidang ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan yang luas dalam era revolusi industri kini dan akan datang, tetapi juga memastikan negara kita memiliki modal insan yang mahir, berpengetahuan dan siap sedia menghadapi persaingan pada masa hadapan yang semakin mencabar. Masa Lokasi |
Saiz teks : + - Reset Cetak Halaman Cetak Kandungan Copyright Portal Cikgu Royston |